Melayu Boleh:Ilmu

June 13, 2009 by artismelayuboleh

Menurut Islam, ilmu pengetahuan adalah ukur tara yang jelas bagi membezakan antara seseorang dengan yang lain. Ini dijelaskan melalui firman Allah bermaksud: “Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui.” (Surah Az-Zumar, ayat 9) Melayu Boleh

Selain itu, ilmu pengetahuan juga alat bagi mencapai tahap keimanan sempurna dan pengukur ketakwaan seseorang kepada penciptanya. Ilmu dan iman tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya saling berhubungan dan saling mempengaruhi.

Seseorang Muslim dinilai dari segi ilmu, iman serta amalannya bagi mengukur sejauh mana ketakwaannya kepada Allah. Ia bukan dinilai dari segi keturunan, kedudukan, bangsa, kekayaan, rupa dan warna kulit. Melayu Boleh Hebat

Allah meletakkan orang beriman dan berilmu ke tahap paling tinggi, seperti ditegaskan Allah dalam firmannya bermaksud: “Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)

Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah bermaksud: “Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana.” (Surah al-Zumar, ayat 9)

Daripada Ka’ab bin Malik, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu itu wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Ilmu agama atau ilmu yang ada dalam al-Quran dan sunnah akan menjadi benteng mencegah seseorang daripada melakukan perkara dilarang syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau mengejar kebendaan duniawi.

Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti kejuruteraan, kedoktoran, pertanian dan sebagainya dapat membantu kesejahteraan hidup manusia di dunia. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan Islam memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu.Melayu Boleh

Baginda Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” (Hadis riwayat Ibn ‘Adiyy, Al-Bayhaqi dan Al-Tabarani)

Kedudukan serta martabat orang berilmu diangkat dan diletakkan di tempat yang tinggi. Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat.

Firman Allah bermaksud: “Allah mengangkat beberapa darjat orang yang beriman dan orang yang diberi ilmu pengetahuan.” (Surah al-Mujadalah, ayat 11)

Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, memberi kekuatan ketika dalam kesusahan dan berhadapan dengan musuh. Dengan ilmu, manusia dapat menjalankan ibadah secara sempurna serta melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya.

Di Malaysia, sumber ilmu melalui penghasilan buku sangat sedikit. Hasil kajian profil membaca Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 1996 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India.

Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan perangkaan PNM itu, hanya 1,273 atau 32 peratus saja buku ilmiah dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bahan bacaan santai di samping buku teks akademik dan kanak-kanak.

Rasulullah SAW mengajarkan sahabat untuk selalu berlindung daripada sifat malas. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Hadis riwayat Muslim)

Sebenarnya, ilmu yang ada pada kita amat sedikit. Alangkah sayangnya jika ilmu yang sedikit dikurniakan Allah gagal untuk dimanfaatkan bagi tujuan agama dan ummah. Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah Tuhanku, walaupun kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan.” (Surah Al-Kahfi, ayat 109)

Justeru, kajian yang dibuat adalah bertujuan untuk mencari ilmu, bukan untuk bersaing dengan ilmuwan yang ada, bukan berbahas demi memperoleh kemenangan dan bukan untuk menjadi masyhur. Ia ditulis hanyalah untuk mencari keredaan Allah semata-mata.

Satu peringatan keras daripada Rasulullah SAW, dilaporkan daripada Abu Hurairah, sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dengannya dicari reda Allah, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

Niat menuntut ilmu juga penting kerana jika tujuan mendalami sesuatu bidang tidak bagi mencapai keredaan Allah, maka rugi di dunia apatah lagi di akhirat.

Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata: “Ilmu diiringi dengan perbuatan. Barang siapa berilmu maka dia harus berbuat. Ilmu memanggil perbuatan. Jika dia menjawabnya, maka ilmu tetap bersamanya, namun jika tidak maka ilmu pergi darinya.” Melayu Boleh

Seharusnya ketika ini kita sudah bersedia untuk memecahkan gumpalan pemikiran lama yang menjadikan tesis dan bahan kajian sekadar menjadi simbol kebanggaan yang langsung tidak dimanfaatkan.

Alangkah baiknya jika semua analisis dan kajian dibuat dapat diterjemahkan untuk tujuan pelaksanaan demi kepentingan dan pembangunan ummah. Tidak bolehkah kajian itu diwakafkan demi kepentingan tamadun ummah.

Memecahkan gumpalan pemikiran yang sudah berabad itu memang tidak mudah. Tetapi itulah agenda besar yang harus dilaksanakan jika ingin mengembalikan dinamik Islam ke arah berdaya saing.

Sudah lama kita dilihat lemah dan tidak berkeupayaan untuk membuktikan Islam adalah pelopor serta menjadi paksi kemajuan dunia. Ingatlah, buku adalah gudangnya ilmu dan membaca itu adalah kuncinya.

Diriwayatkan, Rasulullah SAW ada memberitahu kepada Abu Dzar: “Wahai Abu Dzar, kamu pergi mengajarkan ayat dari Kitabullah lebih baik bagimu dari solat seratus rakaat. Dan, pergi mengajarkan satu bab ilmu pengetahuan, dilaksanakan atau tidak, itu lebih baik dari solat seribu rakaat.” ( Hadis riwayat Ibnu Majah)Melayu Boleh

Perdana Menteri:Satu Malaysia bukan retorik politik

June 11, 2009 by artismelayuboleh

Perdana Menteri:Satu Malaysia bukan retorik politik

NAJIB Tun Razak memukul gong sewaktu merasmikan Pesta Kaamatan Lembah Klang di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam. Hadir sama Joseph Pairin Kitingan (kiri) dan Dr. Maximus Johnity Ongkili.



Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, gagasan Satu Malaysia adalah konsep yang mempunyai pengisian jitu dan bukannya kenyataan retorik politik semata-mata.

Perdana Menteri berkata, konsep berkenaan juga akan diterjemahkan secara evolusi melalui proses tertentu yang bukannya berlaku dalam satu malam sahaja.

Katanya, paling penting ialah semua pihak menerima idea satu bangsa Malaysia yang merupakan intipati konsep berkenaan tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan.

“Ia merupakan satu proses, satu perjalanan dan ia tidak berlaku dalam masa satu malam, saya berharap anda semua bersama-sama saya dalam perjalanan ke arah Satu Malaysia.

“Kita akan tiba di sana sebagai satu bangsa dan apabila ia berlaku, Malaysia akan bersatu dalam erti kata sebenar dan muncul sebagai negara yang makmur,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Pesta Kaamatan Lembah Klang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan yang juga Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA); Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili dan timbalannya, Fadilah Yusof Melayu Boleh.

Mengulas lanjut, Najib berkata, bagi meningkatkan kefahaman terhadap istilah satu bangsa, rakyat Malaysia perlu mempunyai keyakinan terhadap sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib menjelaskan, kehadiran beliau pada majlis itu tanpa dijadualkan adalah selaras dengan pendekatan turun padang yang menjadi amalannya sejak bergelar Perdana Menteri.

“Saya tidak mahu kehadiran saya dinilai dengan sambutan berkompang, permaidani merah, malah latar belakang pentas pada majlis ini juga tiada nama saya.

“Saya singgah di sini bagi meraikan Hari Kaamatan kerana saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat satu Malaysia,” tegasnya.

Melayu Boleh:Waheeda Panggilan

June 10, 2009 by artismelayuboleh
Panggilan
Album :
Munsyid : Waheeda
Kau meniti titian rapuh menunggu retak
Ku dengar panggilan
Sayup-sayup memanggilku
Diulang-ulang makin jelas kini nyata

Sampai di sini saja
Lusa bersambung bicara
Uuuh… ku rasa berduka
Apa penentuannya

Kau pejamkan mata
Kau serah segalanya
Usah berduka
Terima penuh reda

Yalla yalla ya
Panggilan sayup tiba waktu untukmu
Pulang dari mana kau datang
Kembali padanya

Di kala begini tiada pilihan ku kesalkan
Segala dosa, noda, dusta
Leka, alpa, rakusnya hina curiga
Ku akui segala
Apa diterima?

Di kala begini kau tiada pilihan
Alasan
Berpaut pada harapan

Melayu Boleh:Hadad Alwi Ummi

June 10, 2009 by artismelayuboleh

Melayu Boleh:Hadad Alwi Ummi

Ummi
Album : Cinta Rasul II
Munsyid : Haddad Alwi
http://liriknasyid.com
Ummi yaa lahnan a’syaqohu
wanasyidan dauman ansyuduhu

Fikulli makanin adzkuruhu
wa-azhollu azhollu uroddiduhu

Ummi yaa ruuhi wa-hayati
yaa bahjata nafsi wamunaati
Unsi filhadhiri wal-ati… 2x

Allohu ta’aala aushoni
fissirri walau fil i’laani
Bilbirri laki wal-ihsaani… 2x

Ismuki manquusyun fi qolbi
Hubbuki yahdini fi darbi
wadu’a-i yahfazhuki robbiy… 2x

Artis Melayu Boleh Doa Tilawah Album : Allahu Munsyid : Raihan

June 4, 2009 by artismelayuboleh
Melayu Boleh :D oa Tilawah
Album : Allahu
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

ﻦﺍﺀﺮﻗﻟﺎﺑ ﺎﻨﻤﺤﺮﺍ ﻡﻬﻠﻠﺍ
ﺔﻤﺤﺭﻮ ﻯﺪﻫﻮ ﺍﺭﻮﻨﻭ ﺎﻤﺎﻤﺍ ﺎﻨﻠ ﻪﻠﻌﺠﺍﻮ
ﺎﻨﻟﻬﺟﺎﻤ ﻪﻨﻤ ﺎﻨﻤﻠﻋﻮ ﺎﻨﻴﺴﻨﺎﻤ ﻪﻨﻤ ﺎﻨﺭﻜﺬ ﻢﻬﻟﻟﺍ
ﺭﺎﻬﻧﻟﺍ ﻑﺍﺭﻄﺍﻮ ﻞﻴﻟﻟﺍ ﺀﺎﻨﺍﺀ ﻪﺘﻮﻼﺘ ﺎﻨﻗﺰﺭﺍﻮ
ﻦﻴﻤﻟﺎﻌﻟﺍ ﺐﺭ ﺎﻴ ﺎﻨﻟ ﻪﻟﻌﺠﺍﻮ

Allah rahmati kami dengan Al Quran,
Jadikan ia pimpinan cahaya petunjuk dan rahmat,
Allah ingatkan kami apa yang terlupa, ajarkanlah (ajarkanlah),
Yang tak diketahui,
Rezkikan kami membacanya,
Siang dan malam (siang dan malam),
Sepanjang siang dan malam,
Jadikan ia penolong kami.

Melayu Boleh:Allahu Album : Allahu Munsyid : Raihan

June 4, 2009 by artismelayuboleh
Album : Allahu
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com
Allahu Allahu Allahu Allahu Allah
Ye zame jabnate ye jaha jab nata
Chande sunaj nate aasama jab nata
Rozi haq bihi kisi par aya jab nata
Tab nata kuch ya ha
Tha meger tu hi tu

Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu
Tika tiada bumi tiada segalanya
Bulan matahari langit pun tiada
Tiada siapa pun tahu rahsia keagungannya
Tiada yang wujud (ketika itu) melainkan Engkau

Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu
Lailaha teri syani ya vahdahu
Tu khaya lo tajassusta hi anza
Akh ki rosyni dhilki ya vasta
Ta bi tu he bi ta ho ga bi ta hi tu

Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu
Tiadalah Tuhan (melainkan Allah) Maha Suci Yang Satu
Kau dalam ingatan Kaulah impianku
Kau termata hatiku Kaulah suara hatiku
Kau wujud dan Esa
Kekal selamanya

Melayu Boleh:Subuh Yang Terakhir Album : Epik Munsyid : Rabbani:

June 3, 2009 by artismelayuboleh
Melayu Boleh:Subuh Yang Terakhir
Album : Epik
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta…
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Melayu Boleh:Cita-cita Dan Cinta Album : Qiblat Munsyid : Rabbani

June 2, 2009 by artismelayuboleh
Melayu Boleh:Cita-cita Dan Cinta
Album : Qiblat
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com

Duhai temanku
Mengapa dipisahkannya
Cita-cita dan cinta
Keimanan itu akan menyatukan ia
Jika kita mencuba

Di mana citamu…Di mana cintamu
Keduanya perlu…Kau binalah kerana Tuhanmu
Agar keduanya berpadu

Cinta yang hakiki…Lahir di hati suci
Demi iman dan Islam
Jangan kau pula pisahkannya
Antara cinta-cita dan cinta

Cinta yang sejati…Bukannya ilusi mimpi
Usaha seiring doa
Kernaa iman dan Islam
Harus kita menunaikannya

Cintailah citamu
Binalah kerana Tuhanmu

Melayu Boleh:Ingat 5 Sebelum 5 Album : Munsyid : Rabbani

June 1, 2009 by artismelayuboleh
Melayu Boleh:Ingat 5 Sebelum 5
Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com
Duhai Teman Dan Tuan-Puan
Mari Kita Berpesan-Pesanan
Baik Lelaki Juga Perempuan
Duduk Di Kampung Atau Di Pekan

Zaman Ini Zamam Kemajuan
Kebendaan Menjadi Ukuran
Hidup Saling Bersaingan
Jika Lalai Tinggal Sendirian

Nabi Junjungan Pernah Berpesan
Agar Hidup Ada Pegangan
Semak Selalu Jangan Lupakan
Agar Tak Susah Di Hari Kemudian

Kena Diingat Lima Perkara
Sebelum Tiba Lima Perkara
Aaaaaa…aaaaa…
Semoga Hidup Aman Bahagia

Waktu Lapang Buatlah Amalan
Sebelum Sibuk Pelbagai Urusan
Isilah Dengan Amal Kebajikan
Menuntut Ilmu Dan Baca Al-Quran

Waktu Senang Beringatlah
Sebelum Tiba Waktunya Susah
Jika Datang Ancaman Musibah
Mampu Bersedia Selesai Masalah

Bila Sihat Jagalah Badan
Sebelum Derita Sakit Tak Keruan
Kawallah Makan Untuk Kesihatan
Ringan Ibadah Nak Dikerjakan

Jika Kaya Bermurah Hati
Dapat Pahala Menolong Orang
Aaaaa…aaaa…
Jikalau Miskin Apa Pun Tak Ada

Waktu Kita Hidup Di Dunia
Sediakan Bekalan Sebelum Mati
Walaupun Susah Banyak Halangan
Tabah Dan Sabar Allah Kan Sayang

Ingat-Ingat Kita Semua
Jangan Mudah Sombong Diri
Insafilah Pesanan Ini
Untuk Kita Suluh Diri

Semoga Lembut Hati Kita
Untuk Taat Dan Berbakti
Dari Allah Kita Datang
Kepada Allah Kita Kembali

Ayah Ibu Album : Munsyid : Rabbani:Melayu Boleh

May 31, 2009 by artismelayuboleh
Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com
Ayah ibu ampunilah dosa kami semua
Ayah ibu doakan kami dunia dan akhirat

Dari kecil sehingga dewasa
Kau menyayang dan sering memanja
Menanam iman menyemaikan taqwa
Mengajar kami muliakan agama

Ayah ibu berkorban jiwa berkorban harta
Ayah ibu semoga Allah tinggikan derajatmu

Sebelum nyawa meninggalkan jasad
Sebelum suria terbitnya di barat
Kau amanahkan Al Qur’an dan sunnah
Jadi panduan di akhir zaman

Belaianmu masih terasa
Ya Allah tempatkan mereka di syurga

Kami cintakan Allah
Kami kasihkan rasul
Kami sayangkan Ayah
Kami sayangi Ibu